Thursday, April 7, 2011

Aku dah jadi seperti Usop??

Assalamualaikum..

haiiiii yawwwwwwww....................

kali ini aku malas nak tulis post aku bahasa inggeris sebab aku tengah tak ada mood..lagipun entri kali ini lagi syok untuk diceritakan dalam bahasa ibunda kita. (Apahal ayat aku macam skema sangat??? nak kena jugak aku sole sole ni..hehe)

Tanggal 7 April 2011..Dalam pukul 10.30 gitu lah...
Pada saat itu dan waktu ketika itu baru sahaja habis subjek Basic Economy. Aku yang terkebil-kebil sebab ngantuk masa belajar subjek ekonomi tu duduk diam di tempat duduk aku dengan muka selamba seperti keling minum todi rupanya.

Time itu si Ammar dan juga si Fiqah sedang sibuk membincangkan macam mana nak ayat tuan bagi kasi keluar kat aku dan Fiqah yang skuad sagil nih agar boleh keluar pada hujung minngu ini. Aku pun adalah menyampuk sikit gak. Saje interframe sekejap.

Tiba-tiba David ada dekat depan kitaorang. Aku perasan ada something kat tangan David tuh. Aku nampak macam belon gelembung kembang lepas tuh kempis. Aku pun rasa peliklah. Aku tengok betul-betul. Rupa-rupanya KATAK!!!! Aku pun menjerit kecil terkejut sebab katak. Deq Nor yang memang dari tadi duduk sebelah aku memang terus terbangun dari tempat duduk. Dia tu lagi lah. Baru nampak katak jauh sedepa dia dah menjerit macam katak kat atas hidung dia.

Aku tak takut katak sebenarnya. Aku cuma geli. Lagi geli bila diorang try nak baling katak kat muka aku. Apalah??!!! Hamsap betul diorang nih. Aliq datang kat depan aku dengan lagak gaya hero remaja dia cakap macam nih kat aku.."Kau ni Sherry, Kau tak layak lah nak jadi Planter'' . Aku time tuh tengah terkejut pasal benda nih menyirap lah bila orang cakap macam tuh. Aku pun balas lah nak menang jugak kan.."Eh suke hati akulah'' aku jawab. Then Aliq jawab lagi '' Oo..suke hati ea..David bak sini katak tuh balik''. Time tuh David baru keluar kelas nak buang katak sebab aku yang suruh.

David masuk balik semula. Dia acah aku nak baling kat aku. Aku time tuh tengah panik gile babeng, berlari mencicit kat belakang kelas dengan berkaki ayam kisahnya. Aku tak pakai kasut sebab kaki aku melecet sebab jalan lebih 40km semalamnya. Diorang lain punya gelak kat aku. Adoiiii haiii....Yang menyirap lagi Aliq samakan aku dengan si Usop Hantu kak limah tuh lari...peh...dengan gaya sekali dia tunjuk. Messi pun join. haish! Hussein.........bengong betul lah diorang nih. Time tuh nak jek aku hempuk whilcar(wheelchair) kat diorang..haha!!!!

Tapi mostly aku bengang sebab berlari dengan tak pakai kasut macam orang kurang siuman..Sabar jelah..

Itu jelah nak cerita sebenarnya. Malu tahap maksimum nih!!!!
hehe..tapi serius kelakar..haha!
Nanti bila aku dah tua boleh la aku ceritakan kisah nih kat cucu aku..haha! tuh pun kalau aku bercucu..haha!

ok..till we meet again yawwww!!!!!!!!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment